syarikat zahir batin , bandar kota bharu , 16450 . kota bharu , kelantan
h/p : 0199994563
alipgilo@gmail.com
KELANTAN
Sunday, 21 May 2017
penginapan
Gunung stong state park resort
Tempat penginapan yang ada disini ialah Gunung Stong State Park Resort. Pengunjung juga boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong atau homestay yang terdapat disekitar kawasan berhampiran. Jika ingin berkhemah, tapak perkhemahan turut disediakan. Taman Negeri Gunung Stong ialah tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang harus dicuba sekali seumur hidup. Lokasi / Alamat: Gunung Stong State Park Hutan Simpan Dabong, 18200 Dabong, Kelantan Harga: Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100
.
makanan menarik
1. Kuih Akok
Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap
.
2. Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit
.
3. Kuih Tahi Itik
Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula.Iadibentukbertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih ini disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Selepas itu, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir
.
Tempat-tempat menarik
Tempat menarik untuk bercuti di Kelantan yang seterusnya ialah Sudara Beach Resort. Ia terletak di kawasan percutian pantai popular iaitu Pantai Tok Bali. Jika anda merancang untuk berehat bersama keluarga di kawasan pantai, resort ini boleh dimasukkan dalam senarai lokasi pilihan anda. Lokasinya yang strategik dan harganya yang murah sangat sesuai bagi anda yang inginkan sebuah percutian bajet.
Resort Villa Danialla terletak di Bachok. Ia adalah antara lokasi percutian popular di Kelantan. Kedudukan resort yang hanya beberapa langkah sahaja dari pantai menawarkan pemandangan laut yang cantik kepada pengunjung yang bercuti disini. Resort yang mempunyai berbagai jenis chalet cantik ini sangat sesuai untuk percutian keluarga dan berbulan madu.
Tok Aman Bali ialah resort yang terkenal dan sangat popular di Kelantan. Resort ini terletak di Pasir Puteh. Lokasinya hanya lebih-kurang 5 minit perjalanan ke kawasan Pantai Tok Bali.Bilikbilk yang disediakan untuk tetamu semuanya berhawa dingin. Lebih menarik, terdapat balkoni dimana pengunjung boleh beristirehat melihat pemandangan dikawasan
Ini
.
Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga di Kelantan, Seri Nipah Resort ialah salah satu tempat menarik yang boleh kami sarankan. Ia adalah sebuah resort yang cantik terletak di kawasan pantai. Berbagai jenis chalet disediakan untuk tetamu seperti Chalet VVIP, Chalet Family dan Chalet Single. Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu bermula dari RM80 semalam
Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Tumpat, Kelantan, Chalet Sri Tujuh Resort ialah tempat menarik yang sesuai dijadikan lokasi penginapan. Resort ini terletak dikawasan teluk yang cantik. Rekabentuk chalet juga unik dan cantik sekali. Paling menarik ialah chalet yang dibina diatas air. Apabila air pasang,iakelihatanseolaholah chalet terapung. Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang sangat menarik terutama perkampungan nelayan yang berada diseberang resort. Suasana yang tenang dan damai pasti menghilangkan segala kekusutan yang ada dalam fikiran anda.
.
KELANTAN
Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan k asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.
Aktiviti-aktiviti menarik
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa bercuti di Sudara Beach Resort ialah: Permainan n air dan sukan pantai. Outdoor Karaoke. Tele Match. BBQ. Memancing. Melawat kampung nelayan. Mengunjungi pasar malam.
Berbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sepanjang berada disini seperti: Permainan sukan pantai seperti bola tampar pantai. Karaoke. Bermain ping pong. Menunggang kuda. American pool table. BBQ.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Tok Aman Bali Resort ialah: Paintball. Menaiki paddle boat. Berkayak. Permainan sukan pantai. Karaoke. Memancing.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Seri Nipah Resort ialah: Permainan sukan pantai. Karaoke. Memancing. Berkhemah. Hari keluarga. Kem motivasi. BBQ.
Subscribe to:
Posts (Atom)
hubungi kami
syarikat zahir batin , bandar kota bharu , 16450 . kota bharu , kelantan h/p : 0199994563 alipgilo@gmail.com
-
1. Kuih Akok Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iait...
-
Sudara Beach Resort Tempat menarik untuk bercuti di Kelantan yang seterusnya ialah Sudara Beach Resort. Ia terletak di kawasan pe...
-
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa bercuti di Sudara Beach Resort ialah: Permainan n air dan sukan pantai. Outdoor Karaoke. Tel...