Tempat menarik untuk bercuti di Kelantan yang seterusnya ialah Sudara Beach Resort. Ia terletak di kawasan percutian pantai popular iaitu Pantai Tok Bali. Jika anda merancang untuk berehat bersama keluarga di kawasan pantai, resort ini boleh dimasukkan dalam senarai lokasi pilihan anda. Lokasinya yang strategik dan harganya yang murah sangat sesuai bagi anda yang inginkan sebuah percutian bajet.
Resort Villa Danialla terletak di Bachok. Ia adalah antara lokasi percutian popular di Kelantan. Kedudukan resort yang hanya beberapa langkah sahaja dari pantai menawarkan pemandangan laut yang cantik kepada pengunjung yang bercuti disini. Resort yang mempunyai berbagai jenis chalet cantik ini sangat sesuai untuk percutian keluarga dan berbulan madu.
Tok Aman Bali ialah resort yang terkenal dan sangat popular di Kelantan. Resort ini terletak di Pasir Puteh. Lokasinya hanya lebih-kurang 5 minit perjalanan ke kawasan Pantai Tok Bali.Bilikbilk yang disediakan untuk tetamu semuanya berhawa dingin. Lebih menarik, terdapat balkoni dimana pengunjung boleh beristirehat melihat pemandangan dikawasan
Ini
.
Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga di Kelantan, Seri Nipah Resort ialah salah satu tempat menarik yang boleh kami sarankan. Ia adalah sebuah resort yang cantik terletak di kawasan pantai. Berbagai jenis chalet disediakan untuk tetamu seperti Chalet VVIP, Chalet Family dan Chalet Single. Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu bermula dari RM80 semalam
Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Tumpat, Kelantan, Chalet Sri Tujuh Resort ialah tempat menarik yang sesuai dijadikan lokasi penginapan. Resort ini terletak dikawasan teluk yang cantik. Rekabentuk chalet juga unik dan cantik sekali. Paling menarik ialah chalet yang dibina diatas air. Apabila air pasang,iakelihatanseolaholah chalet terapung. Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang sangat menarik terutama perkampungan nelayan yang berada diseberang resort. Suasana yang tenang dan damai pasti menghilangkan segala kekusutan yang ada dalam fikiran anda.
.
No comments:
Post a Comment